Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) N19

Hai :)

So hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku waktu menjalani ujian tapisan kompetensi dan juga interview. Selepas intern, aku banyak masa dirumah. Aku tak tahu nak buat apa kat rumah, so aku carilah kerja melalui telegram jawatan kosong. Aku mohon je semua link link jawatan kosong termasuk kerajaan dan swasta  sebab aku fikir benda  semua take a time so baik mohon awal awal. Salah satu link yang aku mohon ialah jawatan kosong di ukm. Firstly, aku ingat jawatan tu kat ukm bangi, bila aku dah isi form semua and dah submit, rupanya kat ppukm, cheras. hahaha tapi takpelah bukannya confirm dapat kan so aku okay je.

Aku mohon dalam bulan 7 rasanya . Alhamdulilah pada 11 sept aku dapat email panggilan untuk ujian tapisan kompetensi. Serius aku terkejut. padahal aku main mohon je. tak sangka dapat pulak . so lepas dapat email tu, terus aku google nak tahu apa ujian tapisan tu. bila aku google , rupanya ujian bertulis. aku ada baca kat satu blog, time tu dia ambik juga ujian ni tapi tu tahun 2012 rasanya. aku tak tahu lah still sama ke tak format dia tapi aku bacalah juga so dapatlah gambaran sikit. dalam blog tu dia kata, ada 3 bahagian . first, section a dia tanya pasal ukm. such as, latar belakang, nama canselor , apa apa tentang ukm lah . bentuk soalan dia objektif. so aku macam rasa lega lah kalau objektif . boleh lah tembak hahaha. section b pulak, dia tanya mengenai pengetahuan am, isu-isu semasa . section ni pun objektif. Yang membuat aku makin berdebar, section c kena buat essayy. Serius lah??? dia bagi dua tajuk . satu dalam bm dan satu lagi bi. sumpah berpeluh aku . aku buat karangan bm ok lagi tapi bi? 2 line pun mengambil masa lama apatah lagi buat karangan 300 patah perkataan. Masa diberi satu jam je. time tu aku gelabah gila terus aku study macam mana nak buat karangan hahahhahah.

Aku study hard juga lah sebabkan aku nerves dan aku rasa ni peluang aku kena rebut so, aku nak buat terbaik. Dapat atau tak tu lain cerita, yang penting kau buat yang terbaik. Tarikh ujian tu, 23 sept dalam seminggu lagi, so memang sempat untuk aku buat preparation. Dalam beberapa hari sebelum hari ujian tu, aku saja je check balik email yang aku terima tu, kot2 ada dokumen yang perlu dibawa, Sekali aku tertengok bahagian bawah email tu, dia sruh call untuk sahkan kehadiran. jadi aku call lah.
Puan yang bercakap dengan aku tu dia sruh bawak pensil 2b dan dia ada cakap ujian ada dua bahagian satu bahagian objektif satu lagi ujian komputer. weh aku lega gila bahagian essay takde hahaha. lepas tu aku terus bertambah semangat nak study lagi.

Pada hari kejadian

Ujian bermula pada pukul 9 pagi. aku dah set perjalanan aku . Untuk pergi ke ppukm (actually hukm sebenarnya) aku dari bangi kena naik ktm stop kat tbs . kat tbs aku ada dua option, sama ada naik lrt stop kat lrt cheras or naik je grab dari tbs ke hukm terus. aku dah rancang kalau aku sampai tbs awal, aku akan naik lrt , so boleh jimat duit sikit. tapi klau aku lambat , terpaksalah naik grab. so pagi tu aku lambat hahaha. jadi ceritanya naik grab lah. okay lah dari tbs ke hukm rm 10. aku smpai kat hukm tu pkul 8.30. alhamdulilah takde jem smpai pun stgh jam awal jadi boleh lah nak prep apa apa yg perlu. aku terus ke tingkat 5, di makmal . aku cuak juga tengok calon2 dah ada yang tunggu. aku tenangkan diri dan aku bukak nota sikit .

tiba masanya pegawai menyuruh kami masuk ke dalam makmal . takdelah ramai aku rasa total calon dalam 20 org kot. sebab tu buat dalam makmal. sebelum ni blog aku baca, exam dalam hall yang besar dan ramai calon . seperti yang diperkatakan, ada dua bahagian. objektif dan satu lagi dia bagi arahan untuk buat surat jemputan kat komputer . objektif 30 soalan. soalan dia merangkumi semua ada soalan pasal ukm, ada pengetahuan am, dan isu semasa. aku nak share sikit, pengetahuan am tu macam dia tanya macam cuti bersalin bagi pegawai kerajaan , imbuhan gaji, senang kata bila kau nak masuk kerja kerajaan, apa yang perlu kau tahu. haa macam tu. isu semasa klau tak tahu, kau tembak jelah hahaha. sofar, alhamdulilah aku boleh jawab. masa yang diberikan 50 minit je. so kau memang kena pandai manage masa lah.





ujian tapisan ni step sebelum kau layak dipanggil interview atau tak. kiranya interview ni last step sama ada kau berjaya atau tak. alhamdulilah aku terima panggilan interview. tapi aku cerita kat next post okay.

bye :)

Comments

  1. Salam awak. Hihi nk tnya sikit ni. Sy pun dpt panggilan ujian next week utk jwtn sama. Etika berpakaian macam mana ya? Btw thanks utk info yg awk bg. At first pun sy ingatkan kt ukm. Rupa2nya kt hkkukm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye nak Tanya, soalan apa yg awak dapat hari tu.. Ada soalan essay x?

      Delete
  2. Aku dapat ujian nie, 4 Jun nanti.. tapi, online (google form).. sapa ada experience utk kes aku nie ? Mohon share !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya pon sama dapat ujian ni 4 jun nanti :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Saya punya ujian pakai google form juga. 24/6 nanti. camne yg format ujian tu ada essei juga?

      Delete
  3. Hi, maaf bertanya,boleh tahu contoh soalan utk essay tak?

    ReplyDelete

Post a Comment