Cara menghilangkan Ketumbit di mata

hai guys

hari ni aku nak ceritakan kisah agak sedih melanda diriku sebelum beberapa hari lagi nak interview. Hari khamis malam, aku gosok mata kanan aku ni. tiba tiba rasa pedih je. aku tengok kat cermin, takde pulak kesan apa apa. so aku buat tak tahu jelah dan aku tak fikir apa apa pun. esok pagi jumaat aku bangun mata aku dah bengkak sikit. haaa sudahh apahal pulak mata aku ni. aku masih tak dpt detect apa apa lagi. mungkin bengkak sebab ada ulat gigit kot. so aku pun buat tak tahu lah . esok lusa hilanglah tu. tapi mata aku rasa sakit, pedih sikit dan berair. pagi sabtu aku bangun, weh makin bengkak wehh. nak hampir tutup mata aku ni. dah halang separuh mata aku. aku cakap kat mak aku kenapa ni, mak aku kata haa ketumbit ni. aku mengeluh kenapaa nak timbul time nii. aku dahlah ada iv rabu ni. sempat ke nak sihat. pening juga aku dibuatnya. ketumbit ni buat aku hilang semangat nak study dan bila aku tengok laptop or fon lama dia jadi pedih. 3 hari jugalah aku tak study. aku google cara nak hilangkan ketumbit ni, macam macam cara ada. kebanyakkan cara tradisional seperti tuam air panas kat ketumbit tu, pastu letak air garam, letak bawang putih dan macam2 lagi. korang google lah dia akan keluar semua tu. so aku trylah tuam dgn air panas. hmm macam tak berkesan je.
aku ikhtiar cara pulak dengan pakai eyeglo yang kotak warna pink gitu. jap ni gambar dia
haa yang ni. aku beli kat guardian. rasanya rm9 macam tu lah. bawah rm10. so titik lah malam sebelum aku tidur. actually tu malam ahad ye. so aku ada 2 hari lagi utk sembuh. klau aku pakai ni esok pagi klau still tak tunjuk perubahan, aku akan pergi klinik. bangun pagi isnin, aku tengok cermin, tadaaaa tak hilang punn. arghhhh rasa nak nangis dah hari isnin ni still tak surut. aku tengok bengkak aku makin besar pastu dia dah nampak kuning nanah tu. so pagi tu aku pergi klinik jumpa doc. bila doc check, dia kata ketumbit satu je cara nak hilangkan dia . dia kena meletop sendiri. i mean pecah sendiri lah. aku ceritalah aku pakai eyeglo yang diatas ni. Doc tu gelakk. dia kata ketumbit ni dia dikawasan kulit bukan mata . aku terfikir betul juga kata doc tu. eee siapalah bagi tips ni. aku ceritalah pasal aku nak iv rabu ni. aku nak hilang sebelum aku iv. dia kata seeloknya tunggu smpai pecah sendiri. masalahnya klau aku takde iv, takpelah nak tunggu. doc kata ketumbit aku ni tunggu masa nak pecah but, whyyy lama sangat nak pecahnyaa. ahhhh stresss aku.

doc tu kata hari ni saya bagi ubat je dulu. esok klau still tak pecah, dtg balik sini saya pecahkan. hmm okaylah doc. so aku balik ayah aku tengok mata aku, ayah aku kata dh boleh pecahkan. ambik je jarum cucuk buat satu titik kecik pastu picit je. nanah tu keluar. mulanya aku taknak buat sebab aku nak ikut kata doc sgt. tapi aku fikir klau aku tak buat hari ni, nanti takde masa mata ni nak surut. so dengan kekuatan yang ada, aku ambik jarum pastu cucuk. banyak kali cucuk tak keluar2 mungkin aku tak cucuk dalam. so try lagi, akhirnya keluar juga. aku picit banyak keluar nanah. aku picit smpai  bengkaknya dah makin kurang. ingat guys, cucuk titik kecik je tau takut klau banyak sgt dia tinggalkan parut. picit smpai keluar darah sikit maknanya nanah dah takde. aku still makan ubat yg doc bagi. ubat antibiotik dan ubat bengkak dapat mengurangkan bengkak.

sebelum tidur, aku berdoa semoga esok pagi(pagi selasa) dia dah kurang bengkaknya. aaminn.
esok pagi aku bangun, alhamdulilah, makin berkurang. aku happy dan bersemangat nak study memandangkan hari ni hari last sebelum aku iv esok. macam biasa aku makan juga ubat2 tu.Alhamduliah pagi rabu sebelum aku iv mata dah ok cuma bengkak sikit tapi orang takkan perasaan. happy sgt time tu. aku lebih bersemangat dan lebih konfident utk iv. alhamdulilah.

Yang terakhir aku nak pesan klau sape2 yng kena ketumbit ni, nasihat aku firstly, jangan beli eyeglo tu hahaha. sebab memang tak function ye. tapi kalau nak buat yang cara tradisional tu takpe boleh. kedua, klau korang memang yakin tu ketumbit, korang biarkan sampai dah masak. lepastu klau ada nampak warna kuning nanah tu timbul kat bengkak tu, cucuk je pastu picit sampai keluar semua nanah. seriusly, ni cara paling cepat nak baik. dalam 3 hari dah boleh baik daripada membazir beli ubat semua tu. tapi kalau dia tak keluar nanah or korang rasa tu bukan ketumbit, tu kena pergi kliniklah takut tu penyakit lain ke. okay??

Comments

Post a Comment