UJIAN KOMPETENSI

Baru hari ini dapat mood nak cerita pasal ujian kompetensi walaupun dalam post sebelum ini cakap dua atau tiga hari. maafkan saya 😆. Ada beberapa orang emel saya bertanyakan mengenai interview, pendapat dan juga tips. Saya sangat mengalu alukan korang untuk emel saya. Terima kasih pada siapa yang emel saya. mini love untuk korang❤


Saya sudah lalui ujian kompetensi ni sebanyak 3 kali. Dua kali untuk jawatan pembantu tadbir, satu lagi untuk jawatan pegawai tadbir. Kesemua jawatan di UKM. Untuk pengetahuan korang, Ujian kompetensi ini ialah ujian bertulis. Kalau di UKM, memang panggil ujian kompetensi, kat tempat lain saya tak pasti. Saya akan cerita setiap satu bagaimana ujian kompetensi, soalan apakah ditanya, bentuk soalan dan lain-lain. 

Ujian Kompetensi Pembantu Tadbir di HUKM HCTM (Hospital Canselor Tuanku Muhriz)

Saya ambil ujian ini pada 2019, dalam bulan 7 atau 8, saya agak teruja dan dalam masa yang sama takut. cuak kerana ini merupakan first time selepas saya habis belajar. Jadi saya berazam untuk lakukan yang terbaik. Di emel, hr tidak nyatakan apa itu ujian kompetensi, jadi saya pun macam korang juga google untuk mendapatkan maklumat. Ujian kompetensi mengandungi 2 bahagian, Bahagian A(30 soalan objektif), kena jawab selama 25 minit ye. 1 soalan kena agak berapa saat nak jawab. Agak mencabar ye waktu itu. Soalan objektif merangkumi 3 kategori soalan, first, soalan mengenai UKM, second, pengetahuan dan terakhir isu semasa.

Bagi saya, soalan pengetahuan agak susah sikit berbanding yang lain sebab soalan pengetahuan berkaitan penjawat awam. Saya dapat soalan pasal penjawat awam cuti bersalin berapa hari bercuti, tatatertib, tu je yang saya ingat. Kalau nak baca pekeliling perkhidmatan awam tu, memang tak terbaca lah jawab nya, saya hanya jawab apa yang saya tahu je. Saya tak baca pekeliling tu.

Bahagian B pula, ok ni saya agak terkejut sebab waktu sebelum datang exam, saya ada call HR, saya tanya jenis soalan. mereka cakap soalan objektif je, tapi hari kejadian rupakan ada bahagian b iaitu kena sediakan satu contoh surat jemputan. Saya jawab exam dekat makmal komputer, jadi saya kena taip surat tu dalam komputer lepas dah siap, saya kena tekan print dan kertas tu akan keluar pada penjaga exam yang bertugas. Bila penjaga exam kata ok, so tamatlah.


Ujian Kompetensi Pegawai Tadbir di HPKK (Hospital Pakar Kanak-Kanak)

Ini first time juga, ambil exam untuk jawatan degree dan seperti dijangka kan soalan sangat luar biasa hahahah. Pening kepala dibuatnya. Soalan still sama 30 soalan objektif, tapi ujian essay takde. Tak tahu lah kenapa takde, mungkin nak cepatkan masa, sebab time ini tahun 2020, covid dah ada. Untuk pengetahuan korang, kalau exam gred N29 ke atas, memang ada soalan essay. Eassy bm dan bi. Itu standard kat mana mana. Soalan exam memang level-level budak degree, soalan yang tak dijangka pun ada. Saya tak dapat nak cerita banyak sebab saya memang dah tak ingat soalan soalan dia sebab susah kot hahahaha. Soalan pasal UKM tu wajib lah, tanya nama TNC, VC, misi visi, dasar ukm. Pasal sejarah malaysia pun dia ada tanya. saya dah lah tak pandai sejarah memang hentam saja lah. 


Ujian Kompetensi Pembantu Tadbir di UKM Bangi 

Yang ini saya jawab exam secara online, soalan sama juga 30 soalan objektif saja. Sejujurnya, soalan dari UKM bangi agak mudah dari yang lain. 20 minit saja masa menjawab dan saya ada lebih masa untuk semak balik. Yang menarik, soalan isu semasa ada tanya PKP ye. So take note lah pasal pkp, pkpp, pkpd, lockdown, pasal tarikh semua tu. Yang lain soalan biasa biasa saja. 


Kesimpulan

Ujian kompetensi ialah ujian bertulis mengandungi soalan 30 objektif. 3 kategori soalan, yang pertama soalan tentang organisasi, soalan pengetahuan dan soalan isu semasa. Saya hanya tak dapat panggilan iv untuk pegawai tadbit saja. Yang lain, alhamdulilah dapat. Next post, saya akan cerita pasal temuduga. Kalau korang nak bertanya apa-apa, korang boleh emel pada saya amira96zulkifly@gmail.com. Jumpa next post!



Comments