Tahun lepas bulan sept macam tu, saya dapat panggilan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi jawatan pembantu tadbir n19. Yang ini saya mohon disini Link SPP . Panggilan dibuat melalui sms.
Ini temuduga secara online. Jadi tidak perlu ke Pejabat SPA. Sebenarnya jawatan ini tak dipanggil untuk membuat ujian, mereka terus panggil untuk temuduga. Terkejut juga, sebab tak de ujian dan terus temuduga. Seram juga lah. Kalau korang tengok kat screenshot tu, ada link kan? ok itu bila tekan, dia akan keluar arahan temuduga yang perlu kita ikut. Dokumen, arahan, soalan semua dah delete, jadi saya tak dapat nak attach sekali. Jadi saya cerita saja lah tanpa gambar. Soalan yang ditanya semua sudah diberi, hanya perlu disiapkan jawapan dan rakam. Iya temuduga ini perlu dirakam. Bukan secara langsung ye. Itu yang rasa best sikit. Soalan dia banyak juga dalam 8 ke 9 soalan tetapi soalan dia tak susah dan tak senang. Jadi korang boleh create dulu jawapan semua dan baru rakam.
Cara temuduga nya, seperti situasi kau tanya, kau jawab. Kau baca soalan dan kau terus jawab. Senang kan? tapi tak boleh lah tengok kertas. Korang kena hafal lah setiap jawapan. Ikutlah kreativiti nak letak papan putih dibelakang kamera lepastu baca je pun boleh. Tapi eye contact tu perlu juga. Takut penilai boleh agak yang kita membaca saja. Ingatkan senang je rakam video, rupanya tak juga. Saya dah rakam hampir sepuluh kali ye baru ok. Yelah tengah rakam tiba tiba lupa soalan, lupa jawapan, tergagaplah, terdiam lama lah macam macam lah. Durasi dia dalam 15 minit macam tu. tak boleh kurang tak boleh lebih. So susah juga lah. Last sekali dia ada minta korang buat satu pusingan depan ke belakang, lari setempat. What? mesti pelik kan kenapa dia suruh buat macam tu? ini sebab dia nak tengok time kau rakam video ni cara pemakaian korang macam mana. Jadi nak tak nak, kena pakai pakaian formal.
Dah selesai rakam, korang kena submit video ni bersama dokumen yang diperlukan. Cara nak hantar video pun ada cara-caranya. Itu semua sudah diberitahu dalam arahan. Saya nak cerita lebih lebih pun saya dah lupa dan arahan semua tu dah takde.
Mesti nak tahu kan result ? Saya dapat sebagai simpanan saja. But saya rasa ini satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Korang kalau nak tanya, boleh komen ye.
akk sekarang dh kerja kat sini ke
ReplyDelete