Hi. harini nak kongsikan sikit pengalaman walaupun tak lepas sampai temuduga, tapi boleh dijadikan rujukan untuk masa akan datang.
Peringkat pertama
UJIAN PERSONALITI
Saya dapat emel dari pihak urusetia menyatakan saya dipanggil untuk menjawab ujian personaliti
Saya dah terfikir ujian personaliti akan sama seperti ujian psikometrik yang dibuat oleh SPA. Jadi saya study lah sikit di google. Cari contoh soalan ujian psikometrik. Study lah apa apa yang patut sekurang-kurangnya ada persediaan sebelum jawab ujian nanti.
Pada hari kejadian, apa yang saya jangka kan benar tetapi ujiannya lebih mudah sikit berbanding ujian psikometrik SPA. Ujian personaliti ini masih dalam konsep yang sama iaitu mengenai diri sendiri tetapi soalannya dalam bentuk penyataan.
Contoh: Saya suka melakukan aktiviti lasak
1. sangat setuju
2. setuju
3. kurang setuju
4. sangat tidak setuju
Walaupun ujian personaliti ini nampak senang, tetapi kadang kadang soalan berulang, dari situ ia menilai sama ada calon menjawab dengan jawapan yang konsisten atau tidak. Berhati hati ketika menjawab soalan. Teliti dan baca soalan dengan baik.
Peringkat Kedua
UJIAN TAPISAN KOMPETENSI
Ujian kompetensi ialah ujian objektif 40 soalan. Soalannya berkaitan dengan UKM, isu semasa, matematik, bahasa inggeris. Matematik dan bahasa inggeris soalannya tak banyak. Dalam 3-4 soalan saja. Yang lain, semua berkenaan UKM atau HPKK atau mengikut jawatan yang dimohon dimana. Contoh saya mohon jawatan ini di HPKK, jadi saya perlu study pasal HPKK. Sebenarnya saya dah lupa soalan soalan yang ditanya. Tapi apa yang saya mention awal awal tadi memang masuk cuma jangan risau soalannya tak susah kalau ada persediaan.
TAK LEPAS KE TEMUDUGA
Result keluar selepas 2 minggu macam itu, memang kejap je. Urusetia emel minta calon check sendiri keputusan di SPPJ UKM (Sistem untuk mohon jawatan UKM). Bukan rezeki saya lagi. Kalau ikutkan, ini kali kedua saya mohon untuk jawatan ini.
Tetapi apa yang saya puji, cara pengurusan pihak urusetia, apabila kita dapat check result sendiri, kita dapatlah tahu lepas ke tak. Takdelah tertunggu tunggu emel. Sebab ada sesetengah tempat, kalau lebih 3 bulan, kalau tak dapat emel,bermakna tidak lepas. sokay bagi yang belum berjaya, kita boleh cuba lagi :)
Comments
Post a Comment