29 OKTOBER 2022
Minggu ini tak pulang ke kampung. Jadi weekend ni belum ada plan nak kemana. Kebetulan roomate pun tak balik. Tanya roomate ada apa apa plan tak? bosan juga nak duduk kat rumah . Housemate bilik lain pun tiada di rumah. So kami decide nak pergi Balai Seni Negara. Sebenarnya dah bosan asyik berjalan pergi mall je. Kami pun merancang lah perjalanan. Ofkos kami naik public transport nak jimat. Biasalah hidup bujang. Apa yang boleh jimat, kita berjimat lah. Lagipun nak berjalan ke kl naik kereta memang buang masa. Yelah kena hadap jem lagi, parking lagi dan ofkos duit minyak. Elok tengah sembang dengan roomate, tiba-tiba roomate cerita pasal MyCity Pass. Lah asal baru tahu. Padahal selalu naik public transport nak balik kampung. Rasanya ramai yang tak tahu dan mungkin ramai dah tahu juga. Selalunya yang biasa naik public transport, mesti tahu macam orang bekerja ulang alik naik public transport.
Sebenarnya mycity pass ini sudah bermula pada tahun lepas 20 Sept 2021. Ada beberapa pass yang lain juga seperti keluarga malaysia pass, My50 unlimited pass. MyCity Pass ada dua jenis iaitu RM5 untuk sehari dan RM15 untuk 3 hari. Macam aku ambil pass untuk satu hari RM 5, jadi korang boleh naik LRT, MRT, KL Monorel dan BRT tanpa had. Naiklah banyak mana dalam satu hari, harga still RM5 saja. Jimat gila.
Cara nak dapatkan pass ini, korang kena pergi kaunter LRT, or MRT, or KL Monorel dan BRT yang berhampiran dengan korang. Tapi sebelum itu, touch n go or mykad korang kena ada balance rm15 untuk pembelian kali pertama, untuk pembelian seterusnya hanya perlu ada RM 5 saja.
Memang berjalan sakan lah. Park kereta di parking MRT Kajang satu hari RM5.40. Dari MRT Kajang ke MRT maluri. Kitorang berhenti makan di aeon maluri. Dari MRT maluri tukar tren naik LRT maluri sehingga LRT Titiwangsa. Dah sampai LRT Titiwangsa, korang ada 2 pilihan. First sama ada naik grab, atau teksi atau e-hailing lah. Second, naik bas Go KL. Bas Go KL ini bas free tau. Bas free area KL. Sama macam Bas selangor. Macam kitaorang yang nak jimat, kitaorang naik bas Go KL ni je. Kalau nak naik bas, sampai je LRT Titiawangsa, korang kena seberang jalan ke LRT Titiwangsa yang menghala Ampang line. Turun situ jalan sikit tepi korang akan nampak Bus stop pekeliling. Kalau tak jumpa, boleh tanya staf kaunter LRT.
Dah sampai Bus stop pekeliling ini, korang cari bus go KL ini tapi korang kena naik bus go kl yang diluar bas ini tulis line orange sebab bas go kl ini ada banyak laluan. Senang korang boleh tanya driver bas sebelum naik tanya bas ini menghala ke mana. Korang kena naik bas menghala ke Balai Seni Negara.
Comments
Post a Comment