Assalamualaikum semua. Lama tak update. Sibuk dengan kehidupan sekarang ini. Saya nak berkongsi cara nak bayar PTPTN/PTPK guna akaun kwsp 2. PTPTN mungkin biasa dengar, tapi PTPK mungkin jarang dengar. PTPK adalah singkatan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Ia merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman untuk membiayai latihan kemahiran. Pinjaman PTPK disediakan khas untuk individu yang ingin mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran di pusat latihan awam atau swasta yang diiktiraf di seluruh negara.
Sebenarnya saya tahu tentang ini sebab adik saya belajar dalam bidang kemahiran, jadi adik saya salah satu peminjam PTPK. Jadi saya share sedikit peminjam boleh bayar pinjaman dengan menggunakan akaun 2 kwsp. Seperti yang kita maklum, peminjam perlu membuat bayaran balik selepas tamat latihan atau kursus kemahiran. Tempoh Grace Period (tempoh kelonggaran) 6 bulan selepas tamat latihan.
Proses Permohonan Bayaran menggunakan Akaun 2 KWSP (PTPTN/PTPK)
1. Semak Baki. Pastikan anda menyemak dahulu baki pinjaman terkini PTPTN/PTPK di portal myPTPTN, atau https://www.ptpk.gov.my/ untuk PTPK dan baki akaun 2 KWSP anda.
2. Permohonan Online: Anda boleh membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian melalui portal KWSP i-Akuan atau di kaunter KWSP yang berdekatan.
Comments
Post a Comment