TIPS MENJAWAB SOALAN PENILAIAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

 Saya nak berkongsi video taklimat kerjaya penilaian memasuki perkhidmatan awam. Saya terjumpa video ini sewaktu saya cuba mencari tips untuk menjawab psee. Selepas menonton, saya sedar yang rupanya kefahaman saya terhadap ujian ini lain. Saya juga pernah menjawab ujian psee ini, tapi tak berjaya. Dah hampir 7 ke 8 kali menjawab ujian ini, tapi masih belum rezeki lagi untuk nak lepas. Saya redha nak saya teruskan saja hidup. Saya melihat ramai yang mengeluh sebab mereka tidak lepas ujian ini. Bagi saya, bukan semua orang ditakdirkan bekerja kerajaan. Mungkin rezeki di tempat lain. Jangan putus asa. Ambil saja peluang apa yang ada di depan mata. Jangan menunggu. Kerja saja mana mana asalkan yang halal. Insyallah, ada rezeki kita yang lain. Saya sangat syorkan kepada semua sebelum menjawab ujian ini, fahamkan ujian psee ini apa. Saya nampak banyak yang ambil kesempatan dengan menjual nota, ujian persediaan, dan lain lain lagi. Kalau awak faham betul betul, awak tak akan membazir duit membeli nota nota itu. Ujian penilaian PSEE adalah ujian untuk menilai diri kita sama ada sesuai atau tidak dengan jawatan yang dimohon. Bukan semua jawatan sesuai dengan diri kita. Sebab itu ujian PSEE ini jawapannya 'YA atau 'TIDAK', tetapi 'SETUJU, SANGAT SETUJU, SANGAT TIDAK SETUJU, TIDAK SETUJU'. Semua soalan tidak ada betul atau salah. Kenapa penilaian ini diwujudkan? Memberi peluang kepada semua untuk mohon jawatan SPA. 

Dulu zaman tahun 2020 rasanya, saya pernah menjawab ujian penilaian untuk jawatan SPA, soalan bahasa inggeris dan matematik. Itu pertama kali saya menjawab ujian jawatan SPA selepas habis belajar. Bagi saya, soalan bahasa inggeris dan matematik sangat susah ye. Saya yang kurang pandai dalam subjek ini sangat mencabar untuk menjawab. Akhirnya betul tekaan saya. Saya gagal untuk ke peringkat seteruisnya. Tiba-tiba saya terfikir. Jika soalan seperti ini yang perlu kita lalui untuk mendapat jawatan SPA, saya rasa golongan kurang pandai memang takkan berpeluang untuk lulus melainkan mereka upah orang lain untuk menjawab. Soalannya bukan soalan asas, tetapi soalan yang aras tinggi. Jawatan hanya SPM, tetapi soalan macam kita nak mohon jawatan IJAZAH. Syukur akhirnya pihak SPA telah pun menggubal kepada ujian psikometrik. Saya sangat setuju dengan cara ini, memberi peluang besar kepada orang orang yang kurang pandai dalam pembelajaran tetapi masih ada personaliti, bakat dan kemahiran yang boleh diguna pakai dalam perkhidmatan awam. 

Video sesi taklimat SPA yang dikongsikan. Semoga memberi pencerahan untuk semua. 

TAKLIMAT PSEE



Comments